Dalam sebuah riwayat yang mengisahkan bahawa ketika Rasulullah s.a.w mendirikan solat gerhana bersama para sahabatnya, tiba - tiba baginda melihat syurga dan neraka sehingga pada saat itu juga baginda bersabda kepada para sahabatnya, "... Dan aku melihat neraka, maka tidak pernah aku melihat kebanyakan penduduknya ialah kaum wanita."
Para sahabat bertanya, " Mengapa demikian, ya Rasulullah s.a.w? "
Rasulullah s.a.w menjawab, " Kerana kekufuran mereka. "
Kemudian sahabatnya bertanya lagi, "Apakah mereka kufur kepada Allah? "
Rasulullah s.a.w menjawab, " Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan - kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang, kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang dia tidak sukai), nescaya dia akan berkata, 'Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan pada dirimu." (Hadis Riwayat Bukhari)
Itulah salah satu contoh dosa besar yang sering dianggap remeh namun dapat menjerumuskan begitu ramai wanita ke dalam neraka. Dosa itu kelihatan kecil di luar (ungkapan rasa tidak puas hati orang wanita terhadap suaminya), namun ternyata memberi akibat yang buruk dan dapat menjerumuskannya ke dalam neraka.
Dalam sebuah riwayat, dikisahkan bahawa pada hari Aidil Adha atau Aidil Fitri, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke masjid untuk mendirikan solat. Setelah itu, baginda berkhutbah. Ketika melewati para wanita, baginda berkata, ''Wahai kaum wanita, bersedekahlah kalian dan perbanyakan istighfar (meminta ampun) kerana sesungguhnya diperlihatkan kepadaku majoriti kalian ialah penghuni neraka.''
Berkaitan dengan hadis tersebut, Imam Nawawi menjelaskan bahawa di antara perbuatan dosa besar yang dilakukan seorang wanita ialah berbuat maksiat kepada suami dan tidak berbuat baik kepadanya.
Sunday, 12 April 2020
Pengenalan mengenai Wanita
Dalam Islam, wanita memiliki kedudukan yang tinggi kerana wanita merupakan madrasah pertama dalam membangunkan masyarakat yang soleh.
Dalam sebuah Hadis Riwayat Bukhari, ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya, "Wahai Rasulullah, siapa orang yang paling berhak bagiku untuk berlaku baik kepadanya?"
Rasulullah s.a.w menjawab, "Ibumu."
Kemudian bertanya lagi, "Kemudian, siapa?"
Rasulullah s.a.w menjawab, "Ibumu."
Kemudian bertanya lagi, "Kemudian, setelah itu?"
Rasulullah s.a.w menjawab, "Ibumu."
Kemudian bertanya lagi, "Setelah itu?"
Rasulullah s.a.w menjawab, "Ayahmu."
Inilah bukti yang menunjukkan peranan wanita sangat penting dalam membangunkan masa depan umat manusia. Walaubagaimanapun, Rasulullah s.a.w memberikan peringatan kepada kaum wanita dengan bersabda : "Majoriti penghuni neraka ialah kaum wanita." (Hadis Riwayat Muslim)

Subscribe to:
Posts (Atom)