
Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah tanpa pedulikan logik dan akal]". Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan.
"Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk memberi panduan kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya kepada Islam."
(Islam terdapat 2 rukun iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman)
Rukun Islam bagi Muslim ialah:
- Syahadah (الشهادة)

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah
Perjanjian ini adalah asas untuk semua kepercayaan dan amalan lain dalam Islam. Muslim harus mengulangi syahadah ini dalam solat, dan bukan-Muslim yang ingin memeluk Islam diperlukan untuk mengucap kalimah ini.
2. Solat (صلاة), atau amalan sembahyang, wajib dilakukan lima kali sehari. Setiap solat perlu menghadap Qiblat iaitu Kaabah di Makkah. Di kebanyakan negara Muslim, peringatan yang dipanggil Azan disiarkan secara umum dari masjid tempatan pada masa yang sesuai
3. Puasa (صوم), iaitu berpuasa pada bulan Ramadan. Muslim tidak boleh makan atau minum dari subuh hingga senja pada bulan ini (Ramadahan), dan harus berwaspada dari dosa lain.
4. Zakat (زكاة), atau pemberian sedekah. Amalan pemberian ini wajib untuk semua Muslim yang mampu, berdasarkan pada kekayaan yang dikumpul. Bahagian yang ditetapkan digunakan untuk membantu yang miskin dan yang memerlukan, dan juga untuk membantu menyebarkan Islam.
5. Haji (حج), iaitu ziarah semasa bulan Zulhijjah ke bandar Makkah. Setiap Muslim yang mampu (dari segi badan dan harta) wajib menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya.
Rukun Iman
Muslim juga mempercayai Rukun Iman yang terdiri atas 6 perkara yaitu:
- Beriman kepada Allah
- Beriman kepada Malaikat
- Beriman kepada Kitab Allah (Al-quran, Injil, Taurat, Zabur dan suhuf)
- Beriman kepada Nabi dan Rasul Allah
- Beriman kepada hari Kiamat
- Beriman kepada Qada' dan Qadar